Logo

Empat sekeluarga rentung

BETONG, 27 September - Empat sekeluarga rentung dalam kebakaran sebuah rumah kedai runcit di Kampung Melayu Dit, Debak, Sarawak, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut merupakan kanak-kanak berusia 6 dan 10 tahun termasuk dua wanita berumur 23 dan 60 tahun.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan pukul 2.47 pagi.

Setibanya di lokasi, rumah kedai struktur tidak kekal itu telah musnah sepenuhnya.

Anggota bomba bertindak memadamkan sisa api dan telah menemui keempat-empat mayat yang rentung.

Mayat diserahkan kepada pihak polis.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.