Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Sindiket curi dan lerai kenderaan tumpas

  • Published in Jenayah


KUALA LUMPUR, 26 September- Aktif sejak 2007 lagi, akhirnya sindiket curi dan lerai kenderaan berjaya ditumpaskan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL).

Susulan satu laporan kehilangan sebuah kenderaan serba guna (MPV) pada 24 ogos lalu, JSJKL berjaya menahan sembilan lelaki dan seorang wanita warga tempatan.

Kesemua mereka ditahan di Kuala lumpur, Selangor, Negeri sembilan, Melaka dan Pahang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata, serbuan di beberapa lokasi berjaya menemukan enam buah kereta pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM600,000.

Risikan berjaya menemukan sebuah stor di Nilai, Negeri Sembilan bagi menyimpan kenderaan curi berkenaan.

Barangan rampasan di stor berkenaan bernilai RM500,000.

Serbuan di sebuah premis di Sentul yang dijadikan tempat simpanan dan pembungkusan komponen curi turut menjumpai komponen bernilai RM150,000.

Kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan.