Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

12 premis kilang dikompaun

  • Published in Jenayah


SUNGAI PETANI, 25 September- 
Sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan terhadap pemilik kilang memproses makanan yang tidak mempunyai lesen yang sah dan tidak menjaga kebersihan premis masing-masing.

Ia hasil operasi pemantauan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Daerah Kuala Muda, Kedah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Syed Khairol Anuar Syed Abidin, berkata operasi dilakukan Jabatan Penguatkuasaan MPSP dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak enam buah kilang di Kawasan Perusahaan Ringan Angsana, Gurun, Taman Sejati dan Bedong telah diperiksa.

Operasi kali ini memfokuskan isu lesen dan kebersihan premis.

Tegas Syed Khairol Anuar, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pemilik-pemilik premis yang beroperasi dan melanggar kedua-dua kesalahan itu.

Tindakan tegas akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang.