Tuesday, 27 October 2020

updated 8:40 AM UTC, Oct 27, 2020

Polis Kuala Muda berjaya selesaikan 10 kes curi motosikal

  • Published in Jenayah

SUNGAI PETANI, 24 September - Polis Kuala Muda berjaya menyelesaikan 10 kes curi motosikal di kawasan Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah dengan tertangkapnya empat ahli kumpulan Geng Jan Pelam.

Tangkapan dibuat melalui Ops Lejang yang dilakukan di Kilometer 72, Alor Setar-Butterworth di Tikam Batu pada 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah dalam kenyataannya memaklumkan suspek berumur antara 22 hingga 39 tahun direman sehingga hari ini untuk membantu siasatan.

Modus operandi yang digunakan oleh kumpulan terbabit adalah menggunakan 'master key' yang dibuat sendiri.

Susulan tangkapan, polis berjaya menemui empat rangka motosikal yang dibuang ke dalam Sungai Muda.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis metamphetamine dan 3 daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh.