Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

27 PATI ditahan di Kota Tinggi

  • Published in Jenayah

KOTA TINGGI, 17 September - 27 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ditahan Pasukan Batalion Pertama, Rejimen Renjer Diraja di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor petang semalam.

Mereka yang terdiri 23 lelaki dan empat wanita dipercayai cuba kembali ke negara asal ditangkap ketika sedang bersembunyi di dalam hutan berhampiran pantai.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam.

Turut dirampas wang tunai hampir RM 40 ribu.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk saringan COVID-19 sebelum diserah kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.