Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Sindiket pemalsuan cap keselamatan imigresen aktif di Lembah Klang tumpas

  • Published in Jenayah

PUTRAJAYA, 17 September - Rangkaian sindiket pemalsuan cap keselamatan imigresen yang aktif di sekitar Lembah Klang, tumpas dengan penahanan beberapa warganegara Indonesia.

Seorang lelaki berusia 38 tahun bersama seorang wanita 32 tahun, disyaki dalang sindiket berkenaan ditahan dalam dua serbuan di Sungai Way.

Turut dirampas, 39 pasport Indonesia dan 12 Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) Indonesia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, suspek yang juga ketua kumpulan dikenali sebagai Anton dan telah beroperasi selama 2 tahun.

Dalam serbuan kedua, 12 warganegara Indonesia ditahan kerana mengunakan dokumen dan pas palsu.

Anton dan pasangannya ditahan mengikut seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM30,000 dan penjara minimum lima tahun serta enam sebatan maksimum.