Saturday, 24 October 2020

updated 9:53 AM UTC, Oct 24, 2020

Polis berjaya rungkai 3 rantaian jual beli dadah

  • Published in Jenayah

LANGKAWI, 16 September - Polis berjaya merungkai tiga rantaian jual beli dadah dalam serbuan berasingan di Perkampungan Bukit Malut, Langkawi Sabtu lalu.

Tangkapan tiga tokan dadah itu dilakukan dalam masa kurang dari 30 minit.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritendan Mohd Iqbal Ibrahim, ketiga-tiga lelaki termasuk remaja berusia 19 tahun ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Suspek pertama berjaya ditahan di jalan utama kawasan Kampung Bukit Malut bersama 10 keratan straw berisi serbuk disyaki dadah jenis heroin seberat 2.30 gram.

Siasatan ke atas suspek pertama membawa kepada tangkapan remaja lelaki berusia 19 tahun bersama 17 keratan straw berisi dadah yang sama seberat 400 gram. 

Jelasnya, suspek ketiga pula berjaya ditahan atas maklumat yang diberikan suspek kedua dalam serbuan ke sebuah rumah berhampiran kolam udang di kampung berkenaan.

Hasil serbuan tersebut, polis berjaya menemui sepaket plastik lutsinar juga heroin seberat 4.8 gram.

Ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 untuk siasatan lanjut.