Tuesday, 29 September 2020

updated 9:54 AM UTC, Sep 29, 2020

MAQIS Johor rampas pelbagai hasil pertanian tanpa permit eksport

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 15 September - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, MAQIS Johor merampas pelbagai hasil pertanian dianggarkan seberat 315 kilogram dan bernilai RM2,000 yang cuba dibawa keluar tanpa permit eksport, di Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, semalam.

Pengarah MAQIS negeri, Nur Afifah A. Rahman berkata, kebanyakan dagangan yang dirampas diletakkan bersama dagangan yang patuh syarat untuk mengelirukan Pegawai MAQIS.

Ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728], yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 6 tahun atau kedua-duanya sekali.