Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Polis tahan lelaki bersama 21 paket dipercayai dadah jenis heroin

  • Published in Jenayah

KULIM, 15 September - Seorang lelaki ditahan bersama 21 paket dipercayai dadah jenis heroin seberat 25.5 gram dalam Ops Tapis di Taman Kenari, Kulim, Kedah petang semalam.

Lelaki bekerja sebagai buruh berusia 21 tahun itu didapati positif morfin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitenden Azhar Hashim dalam satu kenyataan berkata suspek ditangkap di tepi Jalan Mini Stadium Keladi, Kulim pada pukul 3.45 petang.

Apabila diperiksa, bersamanya, terdapat 21 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin.

Selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal milik suspek.

Suspek akan direman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.