Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Ingkar PKPP dengan cara berhibur di kelab malam

  • Published in Jenayah


PUTRAJAYA, 14 September- 
Kegiatan dalam pub dan kelab malam, terus menjadi kesalahan tertinggi, individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

608 individu ditahan atas kesalahan berkenaan, dan angka itu mencatatkan sebahagian besar keseluruhan 763, semalam.

Kesalahan lain, dalam kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyebut, masing-masing gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk (6), aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal (63), tidak memakai pelitup muka (22), pesta persendirian (27), premis beroperasi lebih masa (1).

Premis beroperasi tanpa lesen (1), perjudian sabung ayam (10), disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian (12), ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (12) dan lain-lain aktiviti (1).

Seramai 71 pendatang asing tanpa izin (PATI), tiga tekong dan seorang penyeludup ditahan melalui operasi Benteng.

Daripada angka itu, Angkatan Tentera Malaysia berjaya menahan 10 migran kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah di Padang Mulud, Bandar Penawar, Johor.