Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Kemuka tuntutan palsu, Pembantu Tadbir Pejabat Kadi didakwa

  • Published in Jenayah


JOHOR BAHRU, 14 September- 
Seorang Pembantu Tadbir Pejabat Kadi Daerah Kluang didakwa atas 21 tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM16,800.

Dalam pendakwaan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru itu, tertuduh, Norlizah Mohd Jani, tidak mengaku bersalah.

Norlizah didakwa mengemukakan Borang Tuntutan Saguhati Mengajar di Bawah Rancangan Kelas Takmir Masjid dan surau yang tidak wujud.

Ia membolehkan dia yang tidak mempunyai tauliah mengajar, menerima elaun sebagai Guru Takmir antara Januari 2015 hingga September 2016.

Hakim Kamarudin Kamsun membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Dia juga diarah melapor diri setiap bulan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes disebut semula 15 Oktober ini.