Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Jenayah Alam Sekitar: Polis tunggu pengesahan Jabatan Peguam Negara

  • Published in Jenayah


PUTRAJAYA, 14 September-
Polis sedang menunggu lampu hijau Jabatan Peguam Negara untuk mengklasifikasikan jenayah alam sekitar sebagai jenayah terancang.

Ia sekaligus bagi membolehkan ia dirujuk mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalatrash Wahid, memaklumkan kertas siasatan itu telah dikemukakan kepada peguam negara minggu lalu.

Beliau berkata demikian selepas sidang media khas di Kementerian Alam Sekitar, Putrajaya.