Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

123 dikompaun leka berhibur

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 13 September - 123 individu warga tempatan yang leka berhibur di dua pusat hiburan di Johor Bahru dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) malam semalam.

Polis turut menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang mengaku sebagai pengurus salah sebuah premis.

Ke semua mereka ditahan dalam operasi bersepadu polis bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru semalam.

Mereka terdiri daripada 102 pengunjung dan 22 pekerja, berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Kedua-dua premis juga tidak mempunyai lesen perniagaan.

Jelasnya, salah sebuah premis pernah diperiksa pada 7 Mac lalu dan diarahkan tutup kerana beroperasi tanpa kebenaran, namun pemilik ingkar.

Dalam operasi itu, polis turut merampas 13 unit speaker, 4 set komputer, 11 karton minuman keras serta seunit mesin pengurup wang.