Tuesday, 22 September 2020

updated 11:06 AM UTC, Sep 22, 2020

Pengubah wang haram: Teruduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan

  • Published in Jenayah

KELANTAN, 11 Ogos - Berdepan 2 tuduhan melibatkan transaksi pengubahan wang haram bernilai RM16,000, Disember tahun lepas, seorang individu didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan.

Selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Bazli Bahruddin, tertuduh, Rosyizwan Jalil, 36 tahun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama,tertuduh didakwa terbabit dalam transaksi pengubahan wang haram dengan melupuskan wang RM6,000 daripada akaun Maybank miliknya hasil kegiatan haram di Maybank Jalan Mahmood, antara 13 hingga 14 Disember 2019. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa terbabit dalam transaksi pengubahan wang haram dengan memindahkan wang RM10,000 daripada akaun Maybank miliknya kepada penama akaun Maybank, Adi Makram Mohamad, 31 tahun, pada 14 Disember 2019.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dandibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Chooi Yi dan tertuduh diwakili peguam, Nik Saiful AdliBurhan.

Hakim, Bazli, kemudian menetapkan 14 September depan sebagai sebutan semula kes, dan menetapkan jaminan RM25,000 dengan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap 1 haribulan.