Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Firma guaman Tetuan Lewis & Co nafi jadi pemegang amanah

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Perbicaraan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi memasuki hari ke-32.

Rakan kongsi firma guaman Tetuan Lewis & Co, menafikan firmanya pernah menjadi pemegang amanah kepada Yayasan Akalbudi.

Perkara mengenainya, didedahkan saksi pendakwaan ke 86, V.Premshangar ketika disoal balas peguam Hisham Teh Poh Teik di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.

V.Premshangar berkata firma miliknya tidak pernah menguruskan fail dan buku lejer berkaitan Yayasan Akal Budi kerana Yayasan Akal Budi bukan pemegang amanah.

Turut diberitahu bahawa fail milik Yayasan Akal Budi tiada dalam simpanan di pejabat mereka selama ini.

Sebelum ini pihak pembelaan konsisten mencadangkan kepada saksi bahawa Lewis & Co merupakan pemegang amanah Yayasan Akal Budi.

Dalam kenyataan saksinya, Premshangar tidak mempunyai pengetahuan secara peribadi berkaitan pengurusan dan arahan di fail Yayasan Al-Falah di Lewis & Co kerana fail tersebut diuruskan oleh rakannya Muralidharan.

Perbicaraan bersambung esok.