Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

MAQIS rampas 300kg pisang dari Thailand

  • Published in Jenayah

BUKIT KAYU HITAM, 11 Ogos - 300 kilogram pisang berjaya dirampas selepas cubaan membawa masuk keluaran pertanian itu dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam pagi ini.

Pisang terbabit dibawa masuk tanpa dokumen yang sah seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan sijil Fitosanitasi daripada negara asal.

Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul Pakianathan dalam kenyataannya memaklumkan tujuan kemasukan keluaran pertanian tersebut adalah bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Katanya perbuatan mengimport hasil pertanian tanpa permit yang sah adalah salah dibawah Seksyen 11 (1) Akta MAQIS (Akta 728) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 11 (3) di bawah Akta sama, yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.