Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

16 anggota dan pegawai PDRM ditahan bocor maklumat kepada penjenayah

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 11 Ogos - Maklumat yang diterima daripada orang awam dibocorkan kepada penjenayah atau sindiket.

Tindakan tidak bertanggungjawab 16 anggota dan pegawai polis itu didedahkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Kesemua yang terlibat telah ditahan dan diambil tindakan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota atau pegawai yang melakukan perbuatan itu yang disifatkan sebagai tindakan 'pembelot’.

Beliau melihat hubungan Polis Johor bersama masyarakat masih kukuh, dan mengalu–alukan sumbangan maklumat daripada orang ramai, bagi membantu pihak polis membanteras jenayah.