Tuesday, 22 September 2020

updated 11:06 AM UTC, Sep 22, 2020

Aduan melalui KDN jamin keselamatan

  • Published in Jenayah


KUALA LUMPUR, 10 Ogos- 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, senada dengan Ketua Polis Negara bahawa tindakan tegas perlu dikenakan terhadap anggota atau pegawai polis serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika didapati bersekongkol dengan kegiatan berkenaan.

Aduan melalui Facebook tersebut akan diteliti polis.

"Kalau ada aduan seumpamanya, saya akan ambil tindakan."

"Bukan hanya terhadap pelaku, tetapi juga anggota polis yang ada di tempat berkenaan."

"Jika benar mereka terbabit, kita akan panjangkan kepada Jawatankuasa Disipilin untuk tindakan selanjutnya."

Menteri Dalam Negeri meminta orang ramai turut melaporkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan tidak memuat naik aduan atau maklumat ke media sosial atas faktor keselamatan.