Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Cubaan keluar-masuk perairan negara gagal

  • Published in Jenayah

KOTA TINGGI, 6 Ogos - Lapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melibatkan dua wanita dan lapan lelaki ditahan ketika hendak keluar dan masuk melalui Tanjung Lompat, Kota Tinggi, Johor pukul 5 pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mereka ditangkap hasil tindakan pantas Pasukan 1 Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang menerima maklumat mengenai pergerakan bot dari Punggai ke Desaru pukul 3.30 pagi.

Anggota pos pemerhati melihat sebuah bot menghampiri pantai pukul 4.45 pagi bagi mengambil PATI yang keluar dari semak berhampiran.

Bagaimanapun, cubaan mereka menuju ke bot gagal selepas ditahan ATM yang menyerbu tempat mereka bersembunyi.

Turut dirampas telefon bimbit dan wang tunai yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM15,000.

Kesemua PATI berusia 24 hingga 54 tahun itu dibawa ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut.