Tuesday, 22 September 2020

updated 9:44 AM UTC, Sep 22, 2020

Sindiket dadah Bobby tumpas

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 6 Ogos - Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket dadah Bobby selepas menahan 24 individu dalam 10 serbuan di Seri Alam dan Johor Bahru antara 27 hingga 31 Julai lalu.

Suspek terdiri daripada 11 lelaki dan 5 wanita tempatan, seorang lelaki warga Singapura, 3 wanita warga Indonesia, serta masing-masing 2 wanita warga China dan Vietnam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketua sindiket, lelaki tempatan dikenali sebagai Bobby, ditahan kira-kira 1.40 tengah hari 28 Julai lalu, di Johor Bahru.

Sindiket yang beroperasi sejak tiga bulan lalu, mendapat bekalan dadah dari Kuala Lumpur untuk diedarkan di Johor Bahru.

Polis merampas pelbagai jenis dadah, dianggarkan bernilai lebih RM425,000.

Turut disita, lima akaun bank tempatan milik tiga individu dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah.

Hasil saringan mendapati 19 suspek positif dadah, manakala tujuh suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek berusia 16 hingga 61 tahun, direman 14 hari bermula 27 Julai.