Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Dua sindiket pemalsuan dokumen tumpas, didalangi warga Myanmar sejak dua tahun lalu

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Dua sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Myanmar, ditumpaskan Jabatan Imigresen, dalam dua serbuan di Jalan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur semalam.

15 lelaki Myanmar dan seorang lelaki Bangladesh ditahan.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud, kejayaan itu hasil perkongsian maklumat risikan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim, APMM selama hampir dua bulan.

Aktiviti sindiket itu, telah dihidu dan dipantau sejak bulan Mei 2019, susulan pendaratan etnik Rohingya di Pantai Kuala Muda Kedah, pada Mac 2019.

Sindiket dipercayai telah 2 tahun beroperasi, dan risikan mendapati sekitar 30 hingga 50 orang pelanggan berurusan setiap hari.

Sasaran sindiket, warganegara Myanmar dari etnik Rohingya.

Pelanggan dikenakan bayaran antara RM30 hingga RM150, bergantung kepada jenis dokumen.

Sindiket juga menyasarkan etnik Rohingya yang baharu tiba di negara ini secara haram, dengan menyediakan dokumen palsu, seperti kad UNHCR dan kad pertubuhan Rohingya di Malaysia.

Hasil serbuan, pelbagai dokumen palsu dirampas, termasuk 13 keping i-Kad Imigresen, 35 keping kad UNHCR dan 5 keping kad CIDB.

Selain itu, tiga unit komputer riba, tiga unit komputer desktop dan enam mesin pencetak.

Turut dirampas, beberapa keping laminat hologram UNHCR, kad nikah muslim Myanmar dan kad pertubuhan Rohingya di Malaysia.