Tuesday, 22 September 2020

updated 9:44 AM UTC, Sep 22, 2020

Bapa durjana rogol anak OKU

  • Published in Jenayah

MUALLIM, 5 Ogos - Rakaman litar tertutup (CCTV) membongkar perbuatan terkutuk seorang lelaki yang sanggup merogol anak kandungnya berusia 21 tahun, yang merupakan orang kurang upaya pendengaran sekitar Mac dan awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku di kediaman mereka di Behrang Stesen.

Jelas beliau, isteri suspek memasang CCTV di rumah tersebut selepas mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.

Suspek yang berusia 44 tahun itu telah ditahan di Bidor dan direman enam hari bermula semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.