Monday, 28 September 2020

updated 11:57 PM UTC, Sep 27, 2020

Lori tangki terbabas, jatuh ke dalam gaung

  • Published in Jenayah

TEMERLOH, 5 Ogos - Seorang lelaki maut, apabila lori tangki dipandunya hilang kawalan sehingga merempuh empat buah kenderaan lain sebelum terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 145 Jalan Lanchang-Temerloh, berdekatan Kem Batu 5, Mentakab Pahang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sebuah rumah berhampiran kawasan nahas turut terbakar dan musnah.

Jelas Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, siasatan awal mendapati lori terbabit dari arah Lanchang ke Temerloh hilang kawalan lalu merempuh tiga buah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Lori tanpa muatan itu kemudiannya terbabas lalu melanggar sebuah van di hadapan sebuah rumah dan terjatuh ke dalam gaung.

Van terbabit mengalami rosak teruk dan rumah yang tidak berpenghuni ketika kejadian itu juga terbakar.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.