Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Sepasang kekasih berdepan tuduhan cuba seludup dadah ke Singapura

  • Published in Jenayah

KULAI, 4 Ogos - Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistreet Kulai, Johor, atas pertuduhan cuba menyeludup 516 gram dadah jenis Methamphetamine, ke Singapura, di Senai, 11 Mei lalu.

Tertuduh, Kok Choon King, 26 tahun, dan Hue Sie Jia, 31 tahun, dituduh mengikut Seksyen 39 B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua - dua mereka dituduh cuba menyeludup dadah tersebut ke Singapura dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

Tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan Majistreet Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Kok Choon Hing diwakili Peguam Ong Weng Li, manakala Hue Sie Jia diwakili Tan Choon Hong.

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Sabiq Mohd Subri, akan disebut semula 22 Oktober ini bagi menunggu status ujian kimia.

Terdahulu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah tersebut di salah sebuah Pejabat Syarikat Kurier, di Senai.

Tertuduh dipercayai menyembunyikan dadah tersebut di dalam dua set alat pembesar suara.