Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Op Benteng, gagalkan enam PATI cuba keluar dari Malaysia

  • Published in Jenayah

BANDAR PENAWAR, 3 Ogos - Perkembangan Op Benteng, 6 orang Pendatang Asing Tanpa Izin, PATI warga Indonesia dicekup dalam dua siri tangkapan bersama seorang Tekong Darat warga Tempatan dan Tekong Laut warga Indonesia.

Tangkapan dibuat Angkatan Tentera Malaysia, ATM menerusi Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia.

Kejadian jam 10.30 malam SEMALAM itu dibuat ketika PATI berkenaan sedang menunggu bot untuk keluar dari Malaysia di persisiran Pantai Punggai, Bandar Penawar, Johor.

Kesemua tangkapan merupakan lelaki dewasa berumur di antara 25 hingga 52 tahun.

Turut dirampas, 7 buah telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM2,404 dan 4 Juta Rupiah Indonesia serta sebuah bot menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM147,344.

Kesemua PATI berkenaan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.