Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Op Libas, cubaan seludup minyak diesel berjaya ditumpaskan

  • Published in Jenayah

SARAWAK, 3 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP Sarawak dan Pasukan Gerakan Am, PGA Batalion 11 berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 1,800 liter minyak diesel dalam Operasi Libas di Serian, pada 30 Julai lepas.

KPDNHEP Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk membawa minyak diesel tersebut turut dirampas.

Nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM93,276.

Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki lesen atau kebenaran untuk memiliki atau menjalankan urusniaga barangan kawalan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.