Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Wanita hamil 7 bulan antara PATI cuba rentas sempadan

  • Published in Jenayah


KOTA TINGGI, 1 Ogos- 
Cubaan tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk merentas sempadan, pulang ke Indonesia gagal selepas diberkas di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Tangkapan melibatkan lima lelaki dan dua perempuan termasuk seorang yang hamil tujuh bulan itu dibuat Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD), Tentera Darat Malaysia, pukul 4.00 pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, kejadian disedari pihaknya yang terdengar bunyi bot selain ternampak lampu berkelip dua kali dari persisiran pantai.

Selang beberapa minit, pihaknya mengesan pergerakan sekumpulan individu dari hutan menuju ke bot.

Semua PATI berusia 20 hingga 53 tahun.

Antara yang dirampas termasuk wang tunai dan telefon bimbit yang keseluruhannya berjumlah lebih RM 15,000.

Semua PATI dibawa ke Balai Polis Bayu Damai sebelum menjalani saringan COVID-19 di klinik berhampiran.