Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

ADUN ditawar wang, SPRM siasat dakwaan

  • Published in Jenayah


KOTA KINABALU, 1 Ogos- 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Menurut Pengarahnya, S. Karunanithy, dalam kenyataan media, SPRM Sabah telah menghubungi ADUN yang dipercayai terlibat, baru-baru ini.

Hasil interaksi tersebut, ADUN terlibat enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.

Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat.