Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Video tular lelaki dipukul, polis buka kertas siasatan

  • Published in Jenayah


KUALA LUMPUR, 1 Ogos- 
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan insiden seorang pengawal keselamatan warga Nepal dipukul dengan sebatang kayu di tempat letak kereta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail, berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju pada 7 Julai lepas.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima daripada mangsa berhubung insiden itu.

Semalam, satu video berdurasi 44 saat tular di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki menampar dan memukul seorang pengawal keselamatan yang dipercayai warga asing dengan sebatang kayu.