Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Bayi maut dicampak dari tingkat atas pangsapuri

  • Published in Jenayah

PULAU PINANG, 10 Julai - Seorang bayi maut, selepas dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Air Itam, Pulau Pinang. 

Mayat bayi perempuan itu ditemukan seorang penduduk kira-kira pukul 8.25 pagi tadi, sebelum memaklumkan kepada persatuan penduduk dan membuat laporan polis.

Ketika mengesahkan mengenai kes, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong, berkata, bayi malang itu dipercayai dicampak ibunya sendiri yang belum berkahwin dari tingkat 13 pangsapuri terbabit.

Remaja berusia 18 tahun itu, ditahan.

Siasatan mendapati tindakan yang dilakukan suspek bagi mengelak diketahui keluarganya.

Mayat bayi itu dibawa ke hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Teman lelaki suspek turut ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, di Jalan Penawar, George Town, untuk siasatan lanjut.