Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

KPDNHEP rampas 122,060 kg baja bersubsidi yang diseleweng

  • Published in Jenayah



PENDANG, 10 Julai- 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah merampas 122,060 kilogram baja bersubsidi bernilai lebih RM133,000.

Ia dipercayai diselewengkan dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Kampung Kubang Jelai, Pendang.

Pengarah KPDNHEP negeri, Rae Morn, berkata serbuan itu susulan risikan selama dua minggu dan pemeriksaan di gudang berkenaan menemukan 675 beg baja sebatian dengan berat 20 kg dan 25 kg setiap satu, serta 4,783 beg baja urea bersubsidi seberat 20 kg dan 50 kg.

Semasa serbuan, dua pekerja berusia lingkungan 30an sedang melakukan aktiviti membungkus semula baja sebatian.

"Kita syaki modus operandi yang dilaksanakan ini adalah dengan membeli baja-baja subsidi petani disekitar ini kemudian ia dibungkus semula."

"Setelah itu a dijual dengan harga pasaran."

Dua suspek ditahan semasa serbuan, manakala seorang lagi suspek disyaki pemilik gudang turut disoal siasat bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.