Friday, 14 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 14, 2020

31 nelayan Vietnam ditahan APMM

  • Published in Jenayah


KEMAMAN, 10 Julai - 
Seramai 31 nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semasa menangkap sotong secara haram di perairan negara.

Menurut Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Sufi Mohd Ramli, mereka ditahan di empat lokasi berbeza antara 162 batu nautika hingga 166 batu nautika dari perairan Kemaman pada Selasa.

Sejumlah hasil tangkapan laut, bekalan diesel, bot dan peralatan menangkap ikan dirampas, kesemuanya dianggar bernilai hampir RM5 juta.

Lambakan hasil sotong menjadi faktor kepada nelayan Vietnam untuk menceroboh dan merompak hasil laut negara bagi pasaran Vietnam.

"Menurut mereka, sotong telah pupus di negara mereka."

"Ini kerana kaedah penangkapan ikan secara tunda ganding yang merosakkan ekosistem."

"Di negara kita, adanya pelantar minyak, ia menjadi pusat pembiakan hidupan liar termasuk sotong dan ikan yang berkualiti tinggi."

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, APPM Terengganu setakat ini, telah menahan 12 bot nelayan Vietnam.