Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Culik Datuk Seri, enam lelaki termasuk seorang ahli politik didakwa

  • Published in Jenayah

 

PETALING JAYA, 9 Julai - Seorang ahli politik bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bersama lima lagi individu atas pertuduhan menculik ahli perniagaan, Datuk Seri R. Arumugam yang mayatnya ditemukan di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, pada 27 Jun lalu. 

Suspek utama kes, Datuk K.Ramachandran, 50 tahun yang pernah menjadi calon PKR pada Pilihan Raya Umum, PRU ke-13 didakwa bersuhabat menculik mangsa dengan, dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan RM153 juta.

Manakala, Azhari Shahrom Shaihmi 56 tahun, Mohd Durai Abdullah 52 tahun, Sheikh Ismail Sheikh Hassan 26 tahun, N. Vickneswarar 28 tahun dan seorang warga Bangladesh, Kasi Nasrul 42 tahun, didakwa menculik mangsa dengan tujuan sama.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Kejiranan Central Spine, Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara, pada 10.30 pagi, 10 Jun.

Sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Mereka tidak dibenar diikat jamin.

Sebutan semula kes, 27 Ogos ini.