Friday, 14 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 14, 2020

Kes bunuh CEO Cradle Fund, saksi tidak pasti tin minyak ada kaitan dengan unsur jenayah

  • Published in Jenayah

 

SHAH ALAM, 9 Julai - Ini pula perkembangan perbicaraan kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Saksi pendakwaan ke-25, Ahmad Edree Abdul Rashid memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang dia tidak mengetahui sekiranya tin minyak yang diambilnya dari rumah Nazrin sebelum ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.

Dia yang juga merupakan bekas pemandu kepada allahyarham Nazrin memberitahu, tin minyak tersebut berada di dalam satu bekas putih bersama peralatan mencuci kereta yang lain yang sering digunakannya untuk mencuci kereta arwah dan isteri, Samirah Muzaffar.

Bekas putih tersebut diambilnya dari rumah allahyarham selepas seminggu kejadian kebakaran yang berlaku di rumah tersebut dan kemudiannya diletakkan di bilik rehat pejabat Cradle Fund.

Ketika ditanya peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tentang sebab dia mengambil bekas tersebut, Edree berkata ia untuk kegunaan masa hadapan kerana semua peralatan mencuci kereta di dalam bekas putih tersebut dibeli menggunakan duitnya sendiri.

Ia termasuk tin minyak tersebut yang dibelinya selepas diarahkan oleh Allahyarham Nazrin bagi mengisi minyak kereta Samirah yang kehabisan petrol di tepi lebuhraya pada 17 Oktober 2017.

Dia juga pasti tin petrol tersebut telah kosong sepenuhnya kerana kesemua minyak petrol tersebut telah dituang ke dalam kereta Samirah.

Perbicaraan kes bersambung esok.