Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Guru rugi RM333,000 diperdaya sindiket penipuan dalam talian

  • Published in Jenayah

 

KEDAH, 8 Julai - Seorang guru rugi RM333,000 akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian.

Sindiket terbabit yang menyamar sebagai kakitangan Pos Malaysia dan disambung kepada polis mendakwa mangsa terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dan menghasilkan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Kedah, Supritendan Elias Omar berkata, kejadian 29 Jun lalu menyebabkan mangsa 51 tahun guru di sebuah sekolah di Changloon, Kedah panik dan ketakutan.

Ini memaksanya membuat 37 transaksi melibatkan empat akaun bank sejak 29 Jun hingga 3 Julai lalu.

Dia hanya sedar ditipu selepas individu terbabit meminta bayaran RM100,000 untuk tujuan jaminan mahkamah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.