Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Ahli Kumpulan Halim dituduh menganggotai kumpulan jenayah terancang

  • Published in Jenayah


TELUK INTAN, 2 Julai - 
Seramai 11 ahli ‘Kumpulan Halim’ termasuk ketua mereka Halim Mohd Nordin, 41 tahun didakwa atas tuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang berusia 33 hingga 66 tahun.

Pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim, Norita Mohd Ardan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang antara Januari 2018 sehingga 22 Jun tahun ini, dalam daerah Bagan Datuk.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani dan Low Gin Hui mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum, bawah seksyen sama. 

Kesemua tertuduh termasuk enam warga Indonesia tidak diwakili peguam.  

Mahkamah menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes.