Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Tiga individu maut dalam kemalangan lori-treler

  • Published in Jenayah

BATU PAHAT, 1 Julai - Tiga maut dalam nahas membabitkan lori dan treler di kilometer 100.3, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan.

Insiden berlaku pukul 4.40 pagi tadi.

Identiti mangsa yang maut masing-masing disahkan Edi Suherman dan Ujang Jamaludin.

Manakala, identiti seorang pemandu lori, masih belum dikenalpasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba, Othman Mohd Baher, mengesahkan mengenai insiden memaklumkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi insiden.

Lori yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler.

Operasi menyelamat tamat pada 7.42 pagi, dan kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.