Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Kerajaan pandang serius salah guna, ubah suai Jata Negara

  • Published in Jenayah


PUTRAJAYA, 30 Jun - 
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan menegaskan, kerajaan memandang serius perbuatan menyalahguna dan mengubah suai Jata Negara.

Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414) menyatakan bahawa tiada sebarang salah guna atau ubah suai boleh dilakukan sesiapa saja kecuali dengan kebenaran bertulis Menteri.

Sehubungan itu, individu yang menyalah guna Jata Negara boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 3(1) Akta 414.