Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Ops Tutup Khas: Lebih 600 penunggang motosikal ditahan

  • Published in Jenayah

TEMERLOH, 29 Jun - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesan dua penunggang motosikal di bawah pengaruh dadah dan seorang mabuk ketum, semalam.

Dan lebih 600 penunggang motosikal ditahan selepas diserbu pihak berkuasa melalui Ops Tutup Khas Jabatan Siasatan Polis Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Operasi bersepadu selama empat jam bermula 2 petang itu menyasarkan dua lokasi iaitu kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang dan R&R Chenor.

Timbalan Pengarah (1) JSPT Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Nazri Huzin berkata, tindakan penunggang mengambil risiko itu akan membawa padah.

Beliau berkata demikian ketika operasi dijalankan bersama 12 pegawai dan 52 anggota polis, seorang pegawai dan lima anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta dua pegawai dan lapan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Katanya, terdapat 7 kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.