Tuesday, July 7, 2020

updated 2:33 PM UTC, Jul 7, 2020

Anggota polis antara sembilan suspek pengedaran dan penyeludupan dadah

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 29 Jun - Di Johor, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, ditahan 25 Jun lepas, selepas dipercayai terbabit sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah sekitar Muar, dan Johor Bahru.

Anggota berkenaan antara sembilan individu yang ditahan dalam lapan serbuan yang dijalankan sekitar Seri Alam dan Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil risikan mendapati sindiket yang mula beroperasi sejak 2017 itu, dipercayai menyeludup dadah ke Indonesia dengan menggunakan jalan laut.

Turut dirampas 63.23 kilogram syabu, 14 kilogram ecstasy, 9.1 kilogram ganja, serta dua liter ketum.

Hasil ujian air kencing mendapati lima suspek positif Methamphetamin, manakala tiga lagi mempunyai rekod jenayah lampau dan seorang dikehendaki atas kesalahan dadah.

Kesemua suspek direman hingga 3 Julai depan.