Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Dua individu pindah lembu tanpa permit didenda

  • Published in Jenayah

PASIR MAS, 29 Jun - Dua individu didenda oleh Mahkamah Majistret Pasir Mas, selepas mengaku salah memindahkan lembu menggunakan lori tanpa permit sah.

Kedua-dua tertuduh, Abdul Hadi Ibrahim, 36 tahun dan Mohd Aris Fauzi, 34 tahun didenda masing-masing RM1,500 dan RM2,000.

Terdahulu, kedua-dua mereka membuat pengakuan salah dihadapan Majistret Mohd Yusof Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hadi yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa memindahkan empat ekor lembu menggunakan motolori tanpa sebarang dokumen kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan atau wakilnya.

Manakala Mohd Aris Fauzi yang bekerja sendiri itu pula didakwa memindahkan 3 ekor lembu.

Mereka melakukan kesalahan itu masing-masing di tepi Jalan Jakar dan Jalan Kampung Pohon Buloh daerah Pasir Mas antara 10.30 pagi dan 6.30 pagi 10 Januari lepas.

Mereka didakwa di bawah Akta Binatang 1953, Seksyen 36(1).

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Ibrahim Jusoh.