Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Menunggang motorsikal secara berbahaya, 91 individu ditahan

  • Published in Jenayah

KLUANG, 25 Mei - 91 individu termasuk seorang wanita, ditahan kerana kesalahan menunggang motorsikal secara berbahaya di Kawasan Jalan Lingkaran Tengah Stadium Kluang, Kluang, Johor. 

Dalam operasi itu, seorang anggota polis cedera selepas sepuluh motosikal merempuh sebuah sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail menerusi kenyataan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan 269 Kanun Keseksaan, selain Peraturan Tujuh Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Juga, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa untuk sentiasa mengawasi aktiviti anak–anak mereka di luar rumah, bagi mengelakkan perkara tidak diingini.