Wednesday, May 27, 2020

updated 1:44 AM UTC, May 27, 2020

Aidilfitri dalam PKPB, Polis Sabah tubuh pasukan khas

  • Published in Jenayah

KOTA KINABALU, 22 Mei - Polis Sabah menubuhkan Pasukan Khas bagi memantau aktiviti sambutan Hari Raya Aidilfitri di negeri itu agar tidak melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditetapkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, hampir 7,000 anggota penguatkuasa terlibat dalam pemantauan tersebut.

Datuk Zaini ditemui selepas melakukan tinjauan Operasi Bersepadu di Jalan Rampayan Laut, Kota Kinabalu.

352 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, dan 20 individu ditahan termasuk 15 orang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan lima lagi atas kesalahan narkotik.