Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

2,539 kenderaan cuba rentas negeri diarah berpatah balik

  • Published in Jenayah


PUTRAJAYA - 
Cubaan 2,539 buah kenderaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung, telah diarah berpatah balik, semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, penduduk di Melaka mencatatkan jumlah kes cubaan rentas negeri tertinggi, iaitu sebanyak 886 kes.

Ini diikuti Perak 362 kes dan Pulau Pinang 284 kes.

"Polis Diraja Malaysia juga telah mengenakan 154 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 264,280 kenderaan."

Mengulas lanjut, beliau berkata, 64 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, ditahan semalam.

Seramai 40 daripada mereka direman, manakala bakinya dikenakan kompaun.