Friday, July 10, 2020

updated 4:53 AM UTC, Jul 10, 2020

Sudahlah curi kayu, malah tiada lesen dan tidak bayar cukai

  • Published in Jenayah


BALING, 21 Mei - 
Seorang lelaki ditahan selepas didapati membawa muatan kayu yang diambil secara haram dari Kuala Pegang, Baling, Kedah.

Individu berusia 30 tahun itu ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri di Jalan Kuala Pegang-Parit Panjang dekat Kampung Mengkuang, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Roslan Rani berkata, pihaknya mengesan sebuah lori yang membawa muatan tertutup dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak menahan lori tersebut.

Pemeriksaan, menemui kayu Medang Teja yang diangkut tanpa lesen sah selain tidak membayar cukai kepada kerajaan negeri.

Pemandu terbabit memberi alasan melakukan kerja itu bagi mencari duit untuk persiapan menyambut Hari Raya berikutan tidak mempunyai kerja lain semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Siasatan awal mendapati, kayu balak itu dipercayai untuk dijual di sebuah kilang kayu di Pulau Pinang.

Nilai cukai dianggarkan sebanyak RM 1,500.

Kes disiasat dibawah Seksyen 68 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).