Wednesday, 15 July 2020

updated 10:52 AM UTC, Jul 15, 2020

Dilabel "Teh Cina", Maritim rampas 5 kg dadah

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 21 Mei - Maritim Johor merampas lima kilogram dadah disyaki syabu dari sebuah bot di perairan Muar, Johor, kira-kira 5.30 petang semalam.

Kesemua dadah dibungkus dalam lima bungkusan "Teh Cina" dan disembunyikan dalam ruang penyimpanan tong minyak.

Jelas Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof, bot mencurigakan itu dikesan kira-kira 0.4 batu nautika tenggara Muara Parit Jawa, semasa Operasi Benteng Laut.

Dadah dipercayai untuk di bawa ke Indonesia.

"Penjenayah telah meninggalkan bot berkaitan ketika gerakan pemintasan dilakukan pada petang semalam, kita percaya terdapat tonto laut yang menyalurkan maklumat kepada dalang."

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri di Johor Bahru.

Keseluruhan rampasan termasuk dadah, sebuah bot fiber dan sebuah enjin dianggarkan bernilai lebih RM 265,000.

Pihak Maritim masih mengenal pasti dalang terlibat.