Wednesday, 15 July 2020

updated 11:53 AM UTC, Jul 15, 2020

Dua lori bermuatan kayu getah disita curi hasil hutan

  • Published in Jenayah

GERIK, 19 Mei - Dua lori ditahan selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti mengambil dan memindah hasil hutan tanpa kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk).

Perbuatan tersebut dilakukan di Jalan Raya Air Panas Ganda, Daerah Hulu Perak.

Penahanan kerana pemandunya gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan kebenaran daripada pihak Jabatan.

Pengarah JPNPk Datuk Mohamed Zin Yusop dalam satu kenyataan berkata, satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Gerik berhubung dengan kes tersebut.

Lori dan muatan kayu getah dirampas dan disita serta dipindahkan ke Pejabat Renjer Hutan Lawin untuk tujuan penyimpanan sementara.

Dua suspek boleh didakwa kerana mengambil dan memindah kayu getah tanpa lesen dan gagal menjelaskan bayaran royalti di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 serta tidak mematuhi arahan Pekeliling Pengarah Perhutanan Negeri Perak.