Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Sepasang suami isteri disamun, kerugian RM70,000

  • Published in Jenayah

KELANTAN, 18 Mei - Sepasang suami isteri disamun dan dicederakan sekumpulan lelaki bersenjata yang memasuki kediaman mereka di Kampung Air Tawar, Pasir Puteh.

Menurut mangsa, Che Minah Che Muda, 56 tahun, ketika kejadian 5 lelaki tidak dikenali dilengkapi pedang samurai menyerang suaminya, Syed Akhbar Mukaddim Shah, 32 tahun.

Manakala dua lagi suspek mencekik leher mangsa dan menanggalkan barang kemas yang dipakainya.

Dalam pada itu, anak lelaki mangsa yang tiba di lokasi kejadian turut diserang suspek.

Suami dan anak mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Anis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Kerugian dianggarkan bernilai RM70,000.