Wednesday, May 27, 2020

updated 8:43 AM UTC, May 27, 2020

Kerana ingkar PKP, 7 lelaki ditahan reman

  • Published in Jenayah

MARAN, 30 Mac - Tujuh lelaki yang ditahan reman di Maran Pahang akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh esok atas pelbagai kesalahan mengingkari PKP.

Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman, mereka yang berusia antara 18 hingga 23 tahun itu ditahan dalam operasi di Bandar Jengka, 27 Mac lalu.

Beliau mengulas perkara itu, selepas meninjau operasi sekatan jalan raya di plaza Tol Maran.

Dalam perkembangan sama, sejak 23 Mac lalu sehingga semalam, polis terpaksa mengunci 16 masjid dan 8 surau di daerah Maran, selepas penduduk enggan mematuhi arahan larangan solat berjemaah di Masjid, meskipun nasihat telah dikeluarkan.