Wednesday, May 27, 2020

updated 9:43 AM UTC, May 27, 2020

Gagal patuhi PKP, 3 individu diberkas

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 30 Mac - Tiga individu diberkas di Johor Bahru kerana gagal patuhi Perintah Kawalam Pergerakan (PKP).

Lebih mengeruhkan keadaan, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 25 hingga 40 tahun itu juga menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais menerusi kenyataan medianya berkata, ketika kejadian anggotanya sedang menjalankan rondaan PKP sebelum terserempak dengan sebuah kereta di bahu jalan Permas.

Ketika menghampiri kenderaan berkenaan, suspek bertindak memecut laju sehingga ke Kampung Plentong Baru dan Jalan Permas 2.

Selepas berjaya ditahan, kesemua suspek cuba bertindak melarikan diri namun berjaya diberkas.

Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mereka gagal memberi keterangan munasabah berada di luar semasa PKP dilaksanakan.

Kes disiasat mengikut seksyen 186 dan 270 kanun keseksaan serta Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.